Isnin, 27 Ogos 2012

Hari Kemerdekaan ke-55 | Tema | 1Malaysia Janji Ditepati | 31 Ogos 2012 | Hari Malaysia | Hari Kemerdekaan



Logo Rasmi Merdeka ke-55 KUALA LUMPUR 25 Jun — "1Malaysia Janji Ditepati" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya.

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini hari ini, Rais berkata, terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia. — BERNAMA

Logo Hari Merdeka ke-55
Logo Rasmi Merdeka ke-55


Sumber: http://www.utusan.com.my

Sabtu, 14 Julai 2012

e-PANGKAT | SEMAKAN ONLINE SISTEM KENAIKAN PANGKAT KPM SUMBER


e-PANGKAT | SEMAKAN ONLINE SISTEM KENAIKAN PANGKAT KPM | e-PANGKAT adalah aplikasi dalam talian (online) yang berintegrasi dan komprehensif bagi membolehkan pengguna memohon dan memproses sesuatu urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah KPM. Pembinaan sistem e-PANGKAT adalah bertujuan untuk menangani isu kelewatan, keciciran dan pertindihan urusan kenaikan pangkat.
Calon hendaklah sentiasa peka dengan status data perkhidmatan di dalam ePANGKAT dan segera memaklumkan kepada KPT/PT yang diberi akses ePANGKAT supaya mengemaskini data mereka bagi mengelak keciciran urusan kenaikan pangkat.
Sebelum buat semakan, sila daftar dahulu disiniSebelum mendaftar, pastikan anda mengikuti langkah-langkah mendaftar terlebih dahulu. Selepas selesai, sila buat semakan dibawah:




Mulai Julai 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menggunapakai sepenuhnya Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bagi semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk mengemaskini data dengan lengkap dan tepat bagi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah pentadbiran jabatan/sekolah masing-masing. Ketepatan maklumat amatlah penting di dalam Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) kerana ianya akan memberi kesan terhadap semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang berkemungkinan akan berlaku keciciran. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, semua sekolah telah diberi taklimat tentang tatacara penggunaan Sistem Naik Pangkat (ePangkat) oleh pegawai Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.







Ping site

Khamis, 5 Julai 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 SMK Batu Laut ( APC SMKBL )



Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Tahniah kepada semua penerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2011

1. ROHANI BT. MOHD SUKOR ( GURU )
2.  MASTURA BT. MOHAMED SAID ( GURU )
3.  ROZANA BT. ABD RAHMAN ( GURU )
4.  HAMIDEE BIN KAMARUDDIN ( GURU )
5.  MOHD MAHADHIR B. AMIR HAMZAH ( PEMBANTU AM PEJABAT )






Isnin, 18 Jun 2012

SMK Batu Laut


Posted by Picasa


Majlis Anugerah Kokurikulum, Sukan & Hal Ehwal Murid

Majlis Anugerah Kokurikulum, Sukan dan Hal Ehwal Murid Tarikh : 10 Oktober 2019 Masa  : 10.30 Pagi Tempat: Dewan Permata SMK Batu Lau...