Sabtu, 14 Julai 2012

e-PANGKAT | SEMAKAN ONLINE SISTEM KENAIKAN PANGKAT KPM SUMBER


e-PANGKAT | SEMAKAN ONLINE SISTEM KENAIKAN PANGKAT KPM | e-PANGKAT adalah aplikasi dalam talian (online) yang berintegrasi dan komprehensif bagi membolehkan pengguna memohon dan memproses sesuatu urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah KPM. Pembinaan sistem e-PANGKAT adalah bertujuan untuk menangani isu kelewatan, keciciran dan pertindihan urusan kenaikan pangkat.
Calon hendaklah sentiasa peka dengan status data perkhidmatan di dalam ePANGKAT dan segera memaklumkan kepada KPT/PT yang diberi akses ePANGKAT supaya mengemaskini data mereka bagi mengelak keciciran urusan kenaikan pangkat.
Sebelum buat semakan, sila daftar dahulu disiniSebelum mendaftar, pastikan anda mengikuti langkah-langkah mendaftar terlebih dahulu. Selepas selesai, sila buat semakan dibawah:




Mulai Julai 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menggunapakai sepenuhnya Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bagi semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk mengemaskini data dengan lengkap dan tepat bagi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah pentadbiran jabatan/sekolah masing-masing. Ketepatan maklumat amatlah penting di dalam Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) kerana ianya akan memberi kesan terhadap semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang berkemungkinan akan berlaku keciciran. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, semua sekolah telah diberi taklimat tentang tatacara penggunaan Sistem Naik Pangkat (ePangkat) oleh pegawai Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.







Ping site

Tiada ulasan:

Pendaftaran Murid Tingkatan Satu 2018

Koperasi dibuka 29 - 30 Disember / 8 pagi - 1 petang. Semua murid tingkatan 2 hingga 5 dikehendaki membeli keperluan persekolahan di ko...