Rabu, 30 Mei 2012

Mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut






PIAGAM SEKOLAH
Kami staf Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut bersedia berkhidmat untuk:

- Menerapkan dan mengembangkan bakat serta nilai keilmuan rohani dan jasmani sesuai dengan moto 
 “ ILMU SEMANGAT HIDUP”
- Menerapkan semangat cinta dan bangga kepada sekolah
- Memupuk nilai estetika ,jujur, berwawasan, berhemah tinggi dan dapat menyumbang kea rah kesejahteraan 
  Negara.
- Mewujudkan suasana harmoni, mesra dan bekerjasama dengan ibu bapa, penjaga serta masyarakat amnya.

SEJARAH SEKOLAH

TAHUN
PERISTIWA
1959
Dikenali dengan nama Darjah Menengah Rendah Kebangsaan Batu Laut dengan bilangan pelajarnya seramai 35 orang pelajar sahaja
1965
Dikenali sebagai Sekolah Aneka Jurusan
1967
Bangunan khas telah dibina, dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu laut dan kekal hingga kini
7 Nov 1968
YB Mohd Khir bin Johari merasmikan bangunan dua tingkat yang dapat menempatkan empat buah kelas, sebuah perpustakaan, sebuah mamal sains, dua buah stor, sebuah bilik SRT, sebuah bilik guru dan sebuah bilik untuk guru besar
Mac 1971
Pembinaan kantin, blok dua tingkat yang dapat menempatkan empat kelas, sebuah makmal sains, dua buah stor, dan dua buah tandas serta dua buah tandas murid.
1978
Bangunan dua tingkat ketiga siap di bina dengan mempunyai enam buah kelas, sebuah makmal sains, bilik guru, pejabat dan bilik guru besar. Bangunan ini dirasmikan oleh Dato’ Haji Suhaimi bin Dato’ kamarudin,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
1986
Bangunan Gotong Royong bernilai RM 50,000 siap dibina sumbangan daripada JPS dan Parlimen yang mengandungi empat buah kelas. Ia dibina dengan tenaga gotong royong penduduk kampug.
1992
Blok B dua tingkat menempatkan lapan buah kelas siap di bina
1999
Blok tiga tingkat siap dibina menempatkan dua belas buah kelas.
2000
Dewan Permata SMKBL siap dibina, padang seluas tiga ekar disiapkan.
Disember 2005
Makmal Komputer telah siap diubahsuai
Disember 2006
Pusat Akses Kendiri telah siap diubah suai

Motto Sekolah.. 
ILMU SEMANGAT HIDUP 

 Visi 
Sekolah SMK BATU LAUT UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG 

Misi 
Sekolah MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU PENGETAHUAN,BERAKHLAK MULIA DAN BERKEMAHIRAN TINGGI..


Lagu sekolah : Majulah.... Majulah...


Majulah...Majulah...
Majulah SMBL...

Di tengah desa yang indah...
Di pinggir laut biru...
Tersegam gagah dengan megah tempat menimba ilmu...

ILMU SEMANGAT HIDUP..
Itulah cogan kami...
Dengan bimbingan para guru 
Berdisiplin giat maju...

Wahai pelajar semua...
Belajar dan berusaha...
Memupuk rasa cinta pada negara dan bangsa...
Marilah kita berdoa..
Semoga sihat sejahtera...
SMBL..SMBL...
Megah menjunjung usia....


Selasa, 29 Mei 2012

Kampung Batu Laut

SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG BATU LAUT






Kampung Batu Laut merupakan salah sebuah kampung yang tertua di Daerah Kuala Langat. Bagaimanapun tiada tarikh yang tepat bilakah sebenarnya kampung Batu Laut ini mula dibuka dan diduduki oleh orang ramai. Namun pada akhir tahun 1975, dua buah batu bersejarah telah dijumpai oleh Ketua Kampung pada masa itu (Allahyarham Yang Mulia Raja Ali bin Raja Abas) dan juga Allahyarham Tuan Haji Omar bin Amin di kawasan Lembah Sungai Mesuk. Batu bersejarah tersebut telah diserahkan kepada Persatuan Sejarah Kuala Langat dan disimpan di Muzium Negara hingga kini. Batu tersebut dikatakan peninggalan orang-orang Cina yang digunakan sebagai batu lesung untuk mengisar udang dan sebagainya.

Batu lesung tersebut seusia dengan penemuan Lesung Purba di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat dan dipercayai berusia sekitar 200 tahun. Ini bermakna kampung Batu Laut telah mula dibuka seawal tahun 1800. Perkara ini juga telah disahkan oleh Pengerusi Muzium Negeri Selangor, Y.B. Dato' Samad Maharuddin dan juga En. Amah Razali Yusuf selaku Pengerusi Persatuan Sejarah Kuala Langat.



ASAL-USUL NAMA KAMPUNG BATU LAUT

Perang saudara Selangor atau Perang Kelang berlaku antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi sekitar tahun-tahun 1868 hingga 1873. Tengku Kudin yang disokong oleh Sultan Abdul Samad (bersemayam di Istana Jugra) telah memenangi peperangan tersebut. Sementara itu, Raja Mahadi dan pengikut terus berundur. Raja Mahmud iaitu penyokong kuat Raja Mahadi telah berundur ke Daerah Kuala Langat.


Raja Mahmud dan pengikutnya telah meneroka kawasan pinggir pantai yang sekarang ini dikenali sebagai kampung Orang Asli Tanjung Sepat.

Pengikut Raja Mahmud serta beberapa orang Melayu menjadikan kawasan pantai ini sebagai tempat kediaman. Di kawasan lautnya pula terdapat seketul batu besar yang jaraknya lebih kurang 3km daripada pantai. Batu besar ini menjadi petanda bagi pelaut dan nelayan. Kawasan batu besar ini menandakan ada perkampungan baru. Oleh kerana batu tersebut terletak ditengah-tengah laut, maka masyarakat setempat menamakannya sebagai Kampung Batu Laut. Namun kini, batu tersebut telah hilang dari pandangan.


MAKLUMAT KHUSUS

1. Nama Kampung: Kampung Batu Laut


2. Mukim : Batu

3. Daerah : Kuala Langat

4. Negeri : Selangor

5. Dewan Undangan Negeri: N46 - Batu Laut

6. Kawasan Parlimen : P102 - Sepang



MAKLUMAT KEPENDUDUKAN

Keluasan Kampung : 8,820 ekar

Jumlah Penduduk : 3,397 orang

Rumah Kediaman : 950 orang

Bilangan Keluarga : 846 buah keluarga

Kedudukan : i. Dari Banting : 20km

                    ii. Dari KLIA : 50km
                   iii. Dari Shah Alam : 60km

Majlis Graduasi & Apresiasi Pelajar Tingkatan Lima 2019

Majlis Graduasi & Apresiasi Pelajar Tingkatan Lima 2019 Tarikh   : 30.10.2019 Hari      : Rabu Masa    : 7.30 Pagi - 01.00 T...