Profile Sekolah


 SMK Batu Laut,
 42800 Tanjong Sepat,
 Kuala Langat,
 Selangor Darul Ehsan.

     No. Telefon : 03-31481233
     No. Faks     : 03-31481233
     Blog             : www.smkbatulaut.com
     Email           : bea1068@btpnsel.edu.my
     Email           : smkbatulaut@yahoo.com


Peta SMK Batu Laut





View Larger Map


 

  
SEJARAH SEKOLAH

TAHUN
PERISTIWA
1959
Dikenali dengan nama Darjah Menengah Rendah Kebangsaan Batu Laut dengan bilangan pelajarnya seramai 35 orang pelajar sahaja
1965
Dikenali sebagai Sekolah Aneka Jurusan
1967
Bangunan khas telah dibina, dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu laut dan kekal hingga kini
7 Nov 1968
YB Mohd Khir bin Johari merasmikan bangunan dua tingkat yang dapat menempatkan empat buah kelas, sebuah perpustakaan, sebuah mamal sains, dua buah stor, sebuah bilik SRT, sebuah bilik guru dan sebuah bilik untuk guru besar
Mac 1971
Pembinaan kantin, blok dua tingkat yang dapat menempatkan empat kelas, sebuah makmal sains, dua buah stor, dan dua buah tandas serta dua buah tandas murid.
1978
Bangunan dua tingkat ketiga siap di bina dengan mempunyai enam buah kelas, sebuah makmal sains, bilik guru, pejabat dan bilik guru besar. Bangunan ini dirasmikan oleh Dato’ Haji Suhaimi bin Dato’ kamarudin,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
1986
Bangunan Gotong Royong bernilai RM 50,000 siap dibina sumbangan daripada JPS dan Parlimen yang mengandungi empat buah kelas. Ia dibina dengan tenaga gotong royong penduduk kampug.
1992
Blok B dua tingkat menempatkan lapan buah kelas siap di bina
1999
Blok tiga tingkat siap dibina menempatkan dua belas buah kelas.
2000
Dewan Permata SMKBL siap dibina, padang seluas tiga ekar disiapkan.
Disember 2005
Makmal Komputer telah siap diubahsuai
Disember 2006
Pusat Akses Kendiri telah siap diubah suai



Pentadbir SMK Batu Laut 1959 - 2017

Pentadbir SMK Batu Laut
1. Guru Ketua  - En. Zainuddin bin Lapoh  (  1.1.1959 – 1960 )
2. Guru ketua - En. Abu Bakar bin Ahmad ( 1960 – 1961 )
3. Guru Ketua - En. Hasran bin Rafie ( 1961 )
4. Guru Besar - En. Sairi bin Ismail ( 1.1.1965 – 30.9.1978 )
5. Pemangku Guru Besar - En. Suardi bin Hj. Mahfuaz ( 1.10.1978 – 31.12.1979 )
6. Guru Besar - En. Hasran bin Rafie ( 1.1.1980 – 30.4.1982 )
7. Pemangku Guru Besar - En. Abdul Rahman bin Sahlan ( 1.5.1982 – 15.6.1982 )
8. Pengetua - Pn. Tokiah binti Remot ( 16.6.1982 – 15.4.1992 )
9. Pemangku Pengetua - En. Selamat bin Ngaido ( 16.4.1992 – 15.6.1992 )
10. Pengetua - Pn. Azizah binti Nordin ( 16.6.1992 – 15.1.1998 )
11. Pengetua - En. Md Sanusi bin Ibrahim ( 16.1.1998 – 15.12.1998 )
12. Pengetua - En. Abdul Wahid bin Takat (16.12.1998 – 15.10.2003 )
12. Pengetua - Pn. Rahani binti Arshad ( 16.10.2003 – 31.12.2005 )
13. Pengetua - Pn. Zaleha binti Hashim ( 1.1.2006 – 30.6.2008 )
14. Pengetua - Pn. Jamilah binti Sawal ( 1.7.2008 hingga 15.11.2013 )

15. Pengetua - Pn. Rosnah binti Busu ( 16.11.2013 hingga 31.08.2017 )

16. Pengetua - Tn. Hj. Azman bin Mashuri ( 25.09.2017 hingga kini )

Dikemaskini pada 13.10.2017



Motto Sekolah.. 
STRIVE FOR EXCELLENCE

 Visi 
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi 
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


Lagu sekolah : Majulah.... Majulah...


Majulah...Majulah...
Majulah SMBL...

Di tengah desa yang indah...
Di pinggir laut biru...
Tersegam gagah dengan megah tempat menimba ilmu...

ILMU SEMANGAT HIDUP..
Itulah cogan kami...
Dengan bimbingan para guru 
Berdisiplin giat maju...

Wahai pelajar semua...
Belajar dan berusaha...
Memupuk rasa cinta pada negara dan bangsa...
Marilah kita berdoa..
Semoga sihat sejahtera...
SMBL..SMBL...
Megah menjunjung usia....

                                                                                                         Pencipta Lagu,
                                                                                                                  Cikgu Hj. Suardi b. Mahfuz

Tiada ulasan:

Pendaftaran Murid Tingkatan Satu 2018

Koperasi dibuka 29 - 30 Disember / 8 pagi - 1 petang. Semua murid tingkatan 2 hingga 5 dikehendaki membeli keperluan persekolahan di ko...